Hari cuti kebangsaan Cuti umum di Indonesia

Hari cuti kebangsaan sentiasa ditetapkan setiap tahunnya oleh pemerintah kebangsaan Indonesia, khususnya oleh gabungan Kementerian Agama, Kementerian Ketenagakerjaan, dan Kementerian Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi. Hari-hari yang ditetapkan sebagai hari cuti kebangsaan umumnya berupa hari-hari besar keagamaan, khususnya yang diakui secara rasmi di Indonesia, hari-hari peristiwa penting Indonesia, atau hari besar antarabangsa yang lazimnya disambut secara global. Hari-hari cuti kebangsaan umumnya dirayakan selama sehari, kecuali Aidilfitri yang dirayakan selama dua hari.

Jumlah (hari)TarikhNamaSifatTahun dicutikanKeteranganRujukan
Takwim GregoriusTakwim berkaitan
11 JanuariTahun BaruUmum (Antarabangsa)1946–sekarangHari tahun baru dalam takwim Masihi (Gregorius).
Antara 21 Januari – 20 Februari1 Cia Gwee (Imlek)Tahun Baru Cina (Tahun Bahu Imlek)Keagamaan (Kofusianisme)2003–sekarangHari tahun baru dalam takwim Cina. Hari keagamaan bagi umat Konfusius dan perayaan tradisonal bagi warga Tionghoa Indonesia bukan Konfusius.
Antara 5 Mac – 2 April1 Kadasa (Saka)Hari Suci Nyepi
Tahun Baru Saka
Keagamaan (Hindu)1983–sekarangHari tahun baru dalam takwim Saka. Hari suci bagi umat Hindu Indonesia dengan diadakannya perayaan Nyepi
Jumaat antara 20 Mac –23 AprilJumaat AgungKeagamaan (Kristian)1953–1962, 1971–sekarangHari peringatan Kristian atas peristiwa kesengsaraan, penyaliban, dan kematian Yesus Kristus. Penentuan hari berdasarkan pengiraan hari (computus) dari Bulan Purnama Paskah.
Khamis antara 30 April –3 JunKenaikan Isa Almasih (Yesus Kristus)1953–1962, 1968–sekarangHari peringatan Kristian bagi peristiwa kenaikan Yesus Kristus ke syurga. Penentuan hari berdasarkan pengiraan hari (computus) dari Bulan Purnama Paskah.[1]
1 MeiHari PekerjaUmum (Antarabangsa)1953–1968, 2014–sekarangPerayaan bagi kaum buruh dan pekerja di seluruh dunia.
6 Mei –4 Jun15 Waisaka (Buddha)Hari WesakKeagamaan (Buddha)1983–sekarangHari peringatan Buddha atas tiga peristiwa penting Siddhartha Gautama, iaitu peristiwa kelahiran, kesedaran (nirvana), dan kematian (parinirvana) Buddha.[2]
1 JunHari Lahir PancasilaUmum (Kebangsaan)2016–sekarangHari peringatan warga Indonesia atas peristiwa pembacaan pidato "Lahirnya Pancasila" oleh Soekarno, yang menjadi dasar dari konsep Pancasila sebagai ideologi Indonesia.
17 OgosHari Kemerdekaan Republik Indonesia1945–sekarangHari peringatan peristiwa pembacaan Proklamasi Kemerdekaan Indonesia oleh Soekarno dan bapa pengasas Indonesia. Hari kemerdekaan rasmi bagi Republik Indonesia.[1]
25 DisemberKrismasKeagamaan (Kristian)1953–sekarang,Hari peringatan Kristian atas peristiwa kelahiran Yesus Kristus.
Tarikh sentiasa berubah setiap tahun[lower-alpha 1]1 Muharam (Hijrah)Awal MuharramKeagamaan (Islam)1953–1962,1968–sekarangHari tahun baru dalam takwim Hijrah (Islam).
12 Rabiulawal (Hijrah)Maulid Nabi Muhammad SAWHari peringatan atas peristiwa kelahiran Nabi Muhammad.
27 Rajab (Hijrah)Isra MikrajHari peringatan peristiwa penting Nabi Muhammad, iaitu peristiwa Isra (Nabi Muhammad menunggangi Buraq dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa) dan Mikraj(Nabi Muhammad dibawa Jibril sehingga ke Sidratul Muntaha).
21 dan 2 Syawal (Hijrah)Hari Raya Aidilfitri1953–sekarang,Perayaan umat Islam yang telah selesai berpuasa dari subuh sehingga maghrib selama sebulan penuh dalam bulan Ramadan. Sering juga disebut sebagia Lebaran.
110 Zulhijah (Hijrah)Hari Raya AiduladhaHari peringatan peristiwa korban; Nabi Ibrahim bersedia menyembelih anaknya Nabi Ismailsebagai tanda kepatuhannya kepada Allah sebelum dihentikan oleh-Nya. Biasanya juga disebut hari Lebaran Haji.